Click Here
Selamat Datang ke Blog Kadet Remaja Sekolah, SMK Methodist (ACS) Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

Presiden KRS-ACS Sitiawan

SENARAI PRESIDEN KRS-ACS SITIAWAN
SEJAK PRESIDEN PERTAMA HINGGA SEKARANG

  1. 1996-1998 - Sarjan Thirumal A/L Theaudas
  2. 1999-2000 - Staf Sarjan Lavendra A/L Jayamohan
  3. 2000-2001 - Muhammad Azlan
  4. 2001-2002 - Masdiyatul Akma
  5. 2003-2004 - Ranjini A/P Anndy
  6. 2004-2005 - Irwansyah
  7. 2005-2006 - Nur Syawiqha
  8. 2006-2007 - Muhammad Amsyar
  9. 2007-2008 - Muhammad Mior
  10. 2008-2009 - Koperal Nuruz Izzati
  11. 2009-2010 - Staf Sarjan Nur Zulfaqha
(Tidak diketahui: Kak Jehan dan Farah Aida)

Perhatian: Senarai Presiden di atas mungkin salah ataupun tiada dari segi pangkat, nama atau susunannya. Sesiapa yang tahu kesalahan dalam senarai di atas boleh laporkan kepada kami dengan hanya KLIK! SINI . Kami akan betulkan kesalahan tersebut dengan secepat mungkin.

Akhirnya

Nota: Klik! pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Melihatkan pelbagai Persatuan dan Kelab telah mendaftarkan unit mereka ke dalam Laman Web SMK Methodist (ACS) Sitiawan, tergerak hati saya untuk berbuat demikian juga. Saya telah berhubung dengan salah seorang Admin Laman Web SMK Methodist (ACS) Sitiawan melalui Facebook iaitu Junyan Lee. Mula-mula saya fikir nak guna e-mel tetapi saya rasa menggunakan e-mel memakan masa dan maklum balasnya agak lama kerana e-mel jarang dibuka ataupun dibuka pada akhir bulan sahaja. Oleh sebab itulah saya berjumpa terus dengan salah seorang Admin berkenaan. Perbualan saya dengan Junyan Lee agak sukar kerana dia sibuk dengan peperiksaan dan aktiviti sekolah. Saya telah mengambil keputusan untuk berunding dengan cara menghantar mesej kepadanya dan mendapat reaksi yang memberangsangkan. Junyan Lee akhirnya bersetuju untuk memuatkan Kadet Remaja Sekolah SMK Methodist (ACS) Sitiawan atau KRS-ACS Sitiawan pada Laman Web sekolah. Saya telah menghantar senarai AJK KRS-ACS Sitiawan 09/10 dan senarai pautan yang membolehkan pengunjung berhubung terus dengan kami. Saya telah meletakkan pautan e-mel, Blog KRS-ACS Sitiawan, Blog Ekspress, Twitter dan Networked Blog Facebook kepada laman Web terbabit. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan memuatkan Gambar dan Topik-topik lain mengenai KRS-ACS Sitiawan di dalam Laman Web SMK Methodist (ACS) Sitiawan.



KRS-ACS Sitiawan di Laman Web
SMK Methodist (ACS) Sitiawan


Kehadiran KRS-ACS Sitiawan di dalam Laman Web sekolah menjadikan KRS-ACS Sitiawan 2009/2010 sebagai KRS yang pertama di dalam kategori Unit Beruniform di dalam senarai pautan Laman Web sekolah seterusnya menjadikan pautan-pautan kami sebagai Pautan Rasmi KRS-ACS Sitiawan dan Blog ini sebagai yang utama untuk mengetahui dan menghubungi KRS-ACS Sitiawan. Diharapkan dengan tercatatnya KRS-ACS Sitiawan di dalam Laman Web sekolah dapat menaikkan nama KRS-ACS Sitiawan supaya terus berkembang dan maju agar dikenali di seluruh Malaysia!



ILMU IMAN AMAL
OLEH STAF SARJAN FALAH | AJK MULTIMEDIA KRS-ACS SITIAWAN | 09/10

Muatnaik bahan untuk Blog

Anda boleh menyumbang bahan kepada Blog ini agar segala kandungan yang diperlukan dapat dimuatkan ke dalam Blog ini. Syaratnya ialah anda Ahli atau AJK KRS-ACS Sitiawan sahaja. Nama dan Url/E-mel anda akan dipaparkan di Blog ini bersertakan sumbangan anda itu. Biro Multimedia akan memuatkan bahan tersebut pada Blog ini dengan secepat mungkin. [Perhatian : Lagu dan Video tidak boleh dimuatnaik menerusi gelintar ini. Jika bolehpun, ia tidak akan sampai kepada kami dan proses memuatnaik bahan tersebut mengambil masa yang agak lama]



Nama Penuh
Jawatan
Url/E-mel
Muatnaik 1
Muatnaik 2
Muatnaik 3
Muatnaik 4
Tajuk Besar Bahan
Format Bahan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]




Terima Kasih atas sumbangan bahan dari anda.
ILMU IMAN AMAL | UNTUK BLOG KRS-ACS SITIAWAN

Lapor Kerosakan

Laporkan Kerosakan yang ada pada bahan Blog ini agar kami dapat membetulkannya. Biro Multimedia akan membetulkan kerosakan tersebut dengan secepat mungkin.



Nama Penuh
Jawatan
Url/E-mel
Kerosakan pada
Nama Bahan tersebut
Huraikan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]




Terima kasih atas segala informasi anda kepada kami.
ILMU IMAN AMAL | BLOG KRS-ACS SITIAWAN

Peperiksaan SPM

Saya mewakili AJK KRS Tingkatan 4 SMK Methodist (ACS) Sitiawan ingin mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan SPM kepada semua AJK KRS Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM beberapa minggu saja lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian. Tenangkan fikiran, bacalah kalimah Basmallah sebelum menjawab peperiksaan.

ILMU IMAN AMAL

Persediaan Sebelum SPM

Peperiksaan hampir tiba. Macam-macam akan difikirkan. Adakah saya telah habiskan salibus? Adakah faham semuanya dan sebagainya. Pelajar cemerlang semestinya telah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah bersedia dari beberapa segi. Persediaan yang dimaksudkan ialah,

1. Persediaan Emosi

Sila pastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil. Kawalan emosi merupakan satu faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Antara persediaan emosi yang perlu di jaga ialah,

a. Elakkan perselisihan faham dengan rakan - perselisihan faham dengan rakan sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi anda. Cuba anda selesaikan semua sengketa yang berlaku antara kawan sebelum hari peperiksaan. Persengketaan berterusan akan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ia akan mengganggu konsentrasi belajar anda. Contoh, rakan merajuk tentang sesuatu dengan anda dan enggan bercakap dengan anda. Cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan agar tidak terus berpanjangan.

b. Menjaga hati ibu bapa - Restu daripada ibu bapa amat penting. Doa ibu bapa terhadap anak akan membawa ke syurga. Doa ibu bapa amat mustajab. Doa mereka akan mempengaruhi kejayaan anda. Lihat dan perhatikan cerita Si Tanggang. Si Tanggang derhaka telah disumpah menjadi batu disebabkan doa ibu. Pepatah juga menyebut, “ Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.” Ibu telah melahirkan, mendidik dan menjaga anda hingga dewasa. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa perlu diikuti. Jangan selalu melawan cakap ibu bapa. Mereka lebih mengetahui daripada anda kerana mereka telah “merasa garam terlebih dahulu.”

c. Mendapat restu guru – restu guru juga amat penting. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran anda. Setiap hari anda ke sekolsh bertemu guru. Guru seperti ibu bapa kedua anda. Tanpa guru, anda tidak memperoleh ilmu. Tunjuk ajar guru banyak mempengaruhi kejayaan anda. Sebelum hari peperiksaan, minta restu guru. Minta guru mendoakan kejayaan anda. Guru tidak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya. Mereka mahu melihat semua anak didiknya berjaya sepertimana yang diharapkan pelajar.

d. Tidak bercinta – elakkan bercinta semasa belajar. Orang kata, cinta masa belajar hanya cinta monyet. Cinta setakat belajar sahaja. Percintaan akan terputus selepas kedua-duanya mencari haluan masing-masing selepas habis belajar. Bercinta semasa sekolah banyak mengganggu pelajaran anda. Jika berlaku persengketaan, ianya akan mengganggu emosi dan pelajaran anda. Bercinta tidak salah. Anda boleh fikirkan untuk bercinta selepas habis belajar. Jangan jadikan cinta sebagai kegagalan anda dalam hidup.

e. Yakin pada diri sendiri – perasaan yakin akan wujud jika anda telah bersedia lebih awal. Tanamkan sifat yakin pada diri sendiri. Perasaan yakin membolehkan akan merasa seronok untuk mengambil peperiksaan. Pastikan semua kelemahan anda telah diatasi. Tumpukan perhatian anda pada peperiksaan yang bakal dihadapi. Ilmu yang telah penuh di dada menjadi bekalan untuk menduduki peperiksaan.

f. Tiada Prasangka Negatif Terhadap Orang Lain – sila pastikan anda tiada menyimpan prasangka negatif terhadap orang lain. Rakan, guru dan ibu bapa semuanya mengharapkan kejayaan anda. Tiada orang mahu melihat kegagalan anda. Hanya musuh yang ingin melihat kegagalan anda. Jika anda gagal dalam sesuatu mata pelajaran, jangan menganggap diri anda telah gagal. Prasangka buruk orang terhadap diri anda bukan bererti mereka mahu melihat anda terus gagal. Buang jauh-jauh prasangka tersebut. Kejayaan akan menjadi milik anda jika anda terus membaiki kelemahan diri sendiri. Tanamkan sifat ingin berjaya seperti orang lain.

2. Persediaan Fizikal

Anda juga perlu bersiap dari segi fizikal. Fizikal diri yang baik akan mempengaruhi peperiksaan anda. Tidak bermakna bagi anda jika sakit pada hari peperiksaan. Keadaan diri yang tidak sihat akan memberi impak besar kepada konsentrasi menghadapi peperiksaan. Anda perlu memberi keutamaan pada kesihatan diri sendiri. Antara tindakan yang perlu di ambil ialah,

a. Tidak tidur larut malam – kesihatan badan perlu dijaga. Lewat tidur menyebabkan badan menjadi letih. Keadaan ini menyebabkan anda mengantuk sepanjang hari. Walaupun anda telah bersedia dari segi mental namun badan yang lemah menyebabkan tiada konsentrasi untuk menjawab soalan.

b. Menjaga keselamatan diri – keselamatan diri juga perlu dijaga sepanjang mengambil peperiksaan. Kita sering terdengar pelajar tercedera atau kemalangan semasa peperiksaan sedang berjalan. Lebih teruk lagi terlibat dengan pergaduhan. Kecederaan diri menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Jika anda dimasukkan ke wad, peperiksaan boleh diteruskan di wad. Keadaan kurang selesa dan sakit menyukarkan anda untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika anggota badan anda seperti tangan tidak dapat digunakan untuk menulis.

c. Makan makanan secukupnya dan berkhasiat – makanan amat mempengaruhi kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang dan sihat memberi kesan kepada pencapaian peperiksaan anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika peperiksaan. Sila pastikan anda mengambil sarapan sebelum hadir peperiksaan. Perut kosong, otakpun kosong. Jadi, pastikan anda makan makanan berkhasiat sebelum menduduki peperiksaan. Otak cergas datangnya daripada makanan berkhasiat.

d. Membuat riadah ringan - sila pastikan anda membuat riadah ringan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap hari. Senaman ringan menjadikan badan anda merasa sihat dan ringan. Senaman tidak bermakna anda perlu keluar rumah. Senaman ringan boleh di buat dalam rumah. Contoh, bermain skipping dan berlari-lari anak. Lebih untung lagi jika anda mempunyai peralatan senaman seperti basikal dan sebagainya.

3. Persediaan Mental

Mental anda juga mesti dijaga. Pastikan fikiran anda dalam keadaan tenang. Fikiran yang bercelaru akan menjadikan diri anda tidak menentu. Anda akan merasa runsing dan takut untuk menghadapi peperiksaan. Antara persediaan mental yang perlu diketahui ialah,

a. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa - jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran bukan disebabkan anda tidak pandai. Tetapi anda kurang berusaha untuk membaikinya. Cuba cari kelemahan diri dan berusaha membaikinya. Menyerah kalah tanpa berjuang terlebih dahulu tidak memberi apa-apa erti dalam hidup anda.

b. Tiada gambaran negatif tentang sesuatu - jangan berfikir bukan-bukan tentang diri anda. Jika anda berfikiran negatif, negatiflah jadinya. Tanamkan sifat positif dalam diri. Kata-kata positif mampu mengubah diri anda daripada negatif kepada positif.

c. Mesti berfikiran positif – sentiasalah berfikiran positif. Bersusah-susahlah pada hari ini dan bersenang-senang kemudian. Masa belajar perlu belajar. Masa bermain perlu bermain. Jangan dijadikan nasihat dan teguran guru, ibu bapa dan rakan sebagai penghalang. Teguran baik mereka perlu dijadikan panduan untuk terus berjaya.

d. Tidak berasa bimbang keterlaluan


Disumbangkan oleh rakan Blogger, Abang Belajar, terima kasih.

Majalah Sekolah

The Loyal Pioneer 2009 - Majalah Sekolah





Majalah Sekolah dijual dengan harga;
  • RM15.00 - untuk kulit yang lembut
  • RM25.00 - untuk kulit yang keras (salinan terhad selagi stok masih ada)


Jika anda berminat, sila beli di Pejabat Sekolah
SMK Methodist (ACS) Sitiawan

Hasil Mesyuarat 28 Oktober 2009

Presiden KRS tahun 2009/2010, Staf Sarjan Nur Zulfaqha ingin membentuk pelbagai pembaharuan dalam KRS-ACS Sitiawan pada tahun 2010 dan sekarang telah merancang untuk melantik beberapa AJK baru menjelang tahun 2010 untuk ditugaskan ke 4 bahagian, iaitu;

  1. AJK bahagian Tali
  2. AJK bahagian Bantu Mula
  3. AJK bahagian Masakan
  4. AJK bahagian Kompas

Semoga apa yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya, Amin.

Request Adsense Here

Click Here

Ingat Alamat Kami

Sejak 22 Februari 2009 | E-mel : krsacs@gmail.com | Blog Ekspress : http://krsacsonline.blogspot.com