Sabtu, Februari 28, 2009

Penaung KRS-ACS Sitiawan sesi 08/09

0 KOMEN


Guru Penasihat


- En. Mohamad Rozni B. Sardiman

- Pn. Apisza Bt Jaafar

- Pn. Taharina

- En. Ahmad Nadzri

- En. Yuziasril

- Pn. Jawati

- Pn. Rosmawati

- Pn. Halifah



AJK Atasan KRS-ACS Sitiawan Sesi 2008/2009

  • Presiden: Koperal Nurul Izzati Bt Mohd. Rosli
  • Naib Presiden: Sarjan Muhammad Faez B. Hamzah
  • Timbalan Presiden: Pegawai waran 2 Imi Aisyah Bt Harun
  • Setiausaha: Staf Sarjan Muhammad Rusydi B. Ismail
  • Naib Setiausaha: Koperal Nur Zulfaqha B. Tajul Amer
  • Bendahari: Koperal Nur Solehah Bt Abd. Halim
  • Ketua Kawad (L): Staf Sarjan Mohamad Marwan B. Omar
  • Pen Ketua Kawad (L): Koperal Muhammad Qayyum B. Shaari
  • Ketua Kawad (P): Staf Sarjan Fatin Nurnabilah Bt Mohd. Isa
  • Pen. Ketua Kawad (P): Koperal Nur Alia Bt Harun

Jumaat, Februari 27, 2009

Logo KRS

1 KOMEN

  1. Perisai - melambangkan tentang kesefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.
  2. Bulan Dan Bintang - melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  3. Dua Tangkai Padi yang Bersilang - melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  4. Buku yang Terbuka serta Rehal - melambangkan institusi ilmu yang mementingkan tradisi ilmu tanpa mengira keturunan, ilmu agama dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.
  5. Warna hijau - melambangkan alam sekitar yang sihat.
  6. Warna Merah - melambangkan keperwiraan yang berani mempertahankan negra yang tercinta.
  7. Warna Kuning - melambangkan warga diraja yang menjadi tunggak kedaulatan negara Malaysia.
  8. Warna Putih - melambangkan keikhlasan dan kesucian.

Khamis, Februari 26, 2009

Lagu KRS

0 KOMEN


Kadet Remaja Sekolah,

Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang keamanan negara,
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal.

Marilah kita membina peribadi,
Menjadi insan yang kreatif,
Bersama kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan,

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta,

Remaja hayati budaya,
Ilmu, Iman dan Amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan kadet remaja sekolah.


(Dari Kanan : Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla, Mejar KRS Anuar,
Allahyarham Mejar KRS Muhammad Thani)


Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Leftenan Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia


Hendak muat turun Lagu KRS? hanya KLIK!

Rabu, Februari 25, 2009

Objektif KRS

0 KOMEN

  • Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
  • Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
  • Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
  • Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
  • Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
  • Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
  • Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

Selasa, Februari 24, 2009

Bendera KRS

0 KOMEN

BENDERA KRS

Warna hijau melambangkan:

1. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.
2. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
3. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.


Cogan kata KRS "Ilmu Iman Amal"
  • Ilmu = Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
  • Iman = Keimanan yang mendalam merupakan pembinaan diri.
  • Amal = Penghayatan dan perlakuan gaya hidup yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin.

Isnin, Februari 23, 2009

Rang Undang-undang KRS-ACS Sitiawan

0 KOMEN

  • Menepati Masa.
  • Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan.Sentiasa membawa buku Log.
  • Berpakaian kemas.
  • Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut.
  • Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab.
  • Jika tidak hadir atau apa-apa alasan. Sistem surat-menyurat perlu dibuat dan tanda tangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB).
  • Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau Guru Penasihat.
  • Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat.
  • Menghormati setiap AJK dan ahli.

Bookmark and Share

Ahad, Februari 22, 2009

Sejarah KRS

0 KOMEN

Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.

Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.

Surat Pelaksanaan KRS

0 KOMEN


Video Telematch KRS-ACS Sitiawan 2008

0 KOMEN

Di bawah ialah video-video yang telah dirakam dan dimuataik ke YouTube. Video ini dirakamkan semasa Telematch KRS-ACS Sitiawan berlangsung pada akhir tahun 2008.















Hak Cipta 2009

0 KOMEN

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk reka bentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta Kadet Remaja Sekolah SMK Methodist (ACS) Sitiawan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Kadet Remaja Sekolah SMK Methodist (ACS) Sitiawan.

PENAFIAN

0 KOMEN

Blog ini dan Pihak Kadet Remaja Sekolah ACS Sitiawan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui Blog ini.


BLOG KRS-ACS SITIAWAN | SEJAK 22 FEBRUARI 2009 | E-mel : krsacs@gmail.com

Dasar Keselamatan

0 KOMEN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Privasi

0 KOMEN

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.


Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Penaja Emas