BENDERA MALAYSIA / JALUR GEMILANG
- Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah
- Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
- Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
- Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
- Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
- Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...