1. PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori).
a. Kategori lelaki
b. Kategori perempuan
1.3 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.
1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.
2. PENDAFTARAN
2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan.
3. PAKAIAN
3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi
Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 – pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan sahaja ( pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket,kolar dot dan sarong tangan )
4. PADANG KAWAD
4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )
5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.
5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawad asas.
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
a) pada minit ke 12
b) tamat masa
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 PERGERAKAN KAWAD
a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.
6.2 BILANGAN ANGGOTA
a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.
b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.
c) Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.
6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN
a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.
( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )
6.4 KAWAD ASAS
a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.
b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )
c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )
d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)
e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan)
f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)
h) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)
i) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).
j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).
k) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)
l) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan
n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan.
o) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.
p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):
i. Hormat ke kanan, hormat
ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap
q) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).
r) Tamat bahagian kawad asas.
Catatan (1):
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.
Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.
4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.
5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.
6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI
a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.
b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.
c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.
d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.
e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )
f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.
g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.
h) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.
6.6 MELAPOR KELUAR
a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )
6.7 PENGHAKIMAN
a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.
b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.
c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.
d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.
e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.
f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:
v. Persediaan (pakaian) : 10%
vi. Kawad asas : 50%
vii. Kawad formasi : 30%
viii. Ketua platun : 10%
g) Keputusan hakim adalah muktamad,
6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN
a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik ( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).
6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN
a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :
i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Kebangsaan.
Khamis, April 09, 2009
Syarat Pertandingan Kawad Kaki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 KOMEN:
Great delivery. Outstanding arguments. Keep up the amazing effort.
My blog :: Code Psn Gratuit
penat berlatih last" tak jadi masuk , kecewa wehhh
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...