Assalamualaikum W.B.T
Salam perjuangan. Semoga kerahmatan berpanjangan Allah limpahkan buat kita semua. Semoga juga Allah terus menetapkan kecekalan hati-hati kita di dalalam membawa wadah pentarbiahan praktikal ini.
Saya merasakan hari-hari ini semestinya anggota-anggota Koperal disemua sekolah samaada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terutamanya sedang sibuk menjalani latihan bagi menghadiri kursus pemeringkatan Sarjan dan Staf Sarjan yang akan diadakan pada awal bulan Jun nanti. Saya juga ada dihubungi oleh beberapa orang Staf Sarjan dan guru bertanyakan perkara berkaitan dengan latihan yang perlu dilakukan.
Di kesempatan ruang ini saya ingin menarik perhatian semua berkaitan dengan kursus pentauliahan ini yang sering kali saya perhatikan terdapat kecelaruan kefahaman berkaitan dengannya. Setiap tahun pelbagai reaksi dan penampilan yang saya lihat dikursus pentauliahan Sarjan dan Staff Sarjan KRS. Samaada daripada penampilan pemakaian namun yang paling ketara adalah penampilan perwatakan dan sikap peserta. Antaranya yang paling ketara ialah, hadir di tapak kursus pentauliahan seperti hadir di medan pertandingan bagi mecari siapakah yang terbaik. Sehinggakan tercetus perselisihan antara peserta. Terutama apabila pemilihan ketua dilakukan dan apabila sesuatu tugasan telah diberikan oleh pihak jurulatih. Walaupun perkara ini selalunya tidak dimaklumkan kepada pengetahuan jurulatih, namun saya kerap dapat menghidu pekara ini berlaku. Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan.
Saya amat mengharapkan kita memahami bahawa KRS adalah satu wadah Tarbiyah yang kita laksanakan secara praktikal. Segalanya samaada daripada sudut ilmu, kemahiran dan penampilan yang kita cernakan didalam KRS ini semuanya berpaksikan semula kepada tuntutan Al-Quran dan Sunnah serta amalan-amalan mulia yang dituntut kepada kita sebagai umat Islam. Semuanya yang kita pelajari dan kita faham didalam kelas pembelajaran dan apa yang telah di bimbing ketika sesi usrah, penjelmaannya kita adaptasikan di pentas KRS ini. Contohnya kita telah membicarakan soal ukhwah dengan panjang lebar, maka ukhwah itulah yang ingin kita praktikkan di sini. Kita di asuh agar membaca Al-Quran dan Al-Mathurat, maka pengamalan itu kita teruskan sebagai pengukuhan kekuatan rohani disamping latihan kekentalan diri dan kecekalan hati yang di tekankan oleh jurulatih di kursus ini. Namun apa yang saya perhatikan peserta menanti diberitahu oleh jurulatih ataupun ditulis didalam agenda kursus barulah semua itu akan dilakukan. Sering saya dengar ada yang menyebut..
” tak ada dalam tentatif pun program Qiamullail”....” tuan tak suruh baca Al-Mathurat pun”....”kena baca al-Quran waktu hirasah?”....pada saya, seorang yang akan ditauliahkan sebagai Sarjan dan StaffSarjan semua ini semestinya sudah faham dan mengetahuinya. Tambahan pula kesemuanya telah dipelajari dan anggota yang hadir ini adalah yang terpilih diperingkat sekolah.
Buat pengetahuan semua, sebenarnya perkara-perkara inilah yang menjadi keutamaan kepada pihak jurulatih dan penilai KRS untuk menentukan samaada layak atau tidak seseorang anggota ditauliahkan pangkat Sarjan dan Staf Sarjan ini. Tidaklah gunanya seorang anggota itu hebat dalam kemahirannya namun kehebatan dalam menghubungkan dirinya dengan Allah tidak seberapa. Di mana hebatnya jika kawan lain yang disekeliling kita kelaparan dan terkapai-kapai memerlukan pertolongan sedangkan kita tidak mengendahkannya.
Saya cuba mencadangkan beberapa persiapan yang perlu bagi menghadiri kursus pentauliahan ini:

- Membetulkan niat dan bersedia untuk dilatih dan diuji.
- Faham dan kenal apa itu KRS (sejarah)
- Mengetahui akan kewujudan rangkaian sekolah Islam seMalaysia.
- Latihan kemahiran (rujuk sukatan pelajaran)
- Mengetahui dan memahami jenis dan bentuk ujian.
- Persedian mental.
- Latihan fizikal.
- Merancang bekalan kelengkapan yang perlu dibawa.
- Merancang perjalanan agar tiba pada masanya.
- Menghafal Al-Mathurat (Al-Quran wajib dibawa)
- Menyiapkan pakaian seragam KRS (wajib ketika majlis tauliah)
- Membawa dokumen yang diperlukan
Saya amat mengharapkan kita hadir di kursus pentauliahan ini dengan hati yang ikhlas, niat yang baik dan berlapang dada untuk ditegur dan dilatih agar kita terus cemerlang dan berjaya. Bagi kami barisan jurulatih, apa yang kami ingin lihat adalah akan lahirnya kepimpinan muda yang meletakkan Islam sebagai cara hidupnya, berbakti dengan apa yang ada, ikhlas dalam semua kerja buatnya, setia pada tanah air tercinta dan menjadi contoh yang baik buat masyarakat seantero dunia.
Jutaan kemaafan sekiranya terlalu buruk penulisan yang cuba saya sampaikan ini. Adat orang baru belajar menulis, banyak tersasul , tidak tersusun katanya. Semoga apa yang telah kita lakukan ini akan mendapat balasan kerahmatan dari Allah S.W.T selamanya. Sekian, terima kasih.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...