Jumaat, Ogos 07, 2009

1Malaysia



Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut.

Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat. Tetapi tidak dapat dinafikan, persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.

Bagi saya, apa-apa sahaja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat didalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh. Malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ketika menjelaskan lagi konsep Satu Malaysia yang dimaksudkan itu.

Satu Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub. Dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika Perlembagan Malaya Merdeka dirangka, sekaligus mambawa kepada pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Pesefahaman juga telah dicapai dengan meletetakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai timbal balasnya, agama-agama lain boleh diamalkan oleh para penganut masing-masing di dalam aman dan harmoni.

Oleh itu dari sudut agamanya, konsep Satu Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semanjak penggubalan Perlembagaan Negara menjelang tarikh kemerdekan pada 31 Ogos 1957. Dan sehinggalah ke hari ini, kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SATU MALAYSIA RENTETAN SEJARAH DUNIA

Sejarah pembangunan tamadun islam semanjak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke zaman kegemilangan islam yang bertapak di Eropah dan China, mambuktikan, konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mampunyai prinsip mamberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah turut membuktikan, pemerintahan Islam semasa Rasulullah S.A.W. di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik sekaligus menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat dibawah pemerintahan itu. Lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep Satu Malaysia semestinya akan mangambil iktibar dari perjalanan sejarah ini demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan diatas, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semanjak berkuat kuasanya Perlembagaan, agama Islam merupakan agama negara, dan raja-raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.

Yang Di-Pertuan Agong dalam lafas penerimaan perlantikan Baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk mematubkan Islam sebagai agama negara merupakan satu persepakatan di antara al-marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam dalam dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalah gunakan oleh sesiapa pun. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Manteri manyedari hal ini ketika meletakan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘Satu Malaysia’.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membincangkan isi-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep Satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini menyaksikan kehadiran golongan radikal dan ekstremis dikalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu. Atau kerana kepentingan diri sendiri.


"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
"1Malaysia, Bersatu Teguh, Bercerai Roboh - KRS-ACS Sitiawan"

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas