Khamis, November 12, 2009

Akhirnya, 11 November 2009



Nota: Klik! pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Melihatkan pelbagai Persatuan dan Kelab telah mendaftarkan unit mereka ke dalam Laman Web Rasmi SMK Methodist (ACS) Sitiawan, tergerak hati saya untuk berbuat demikian juga. Saya telah berhubung dengan salah seorang Admin Laman Web Rasmi SMK Methodist (ACS) Sitiawan melalui Facebook iaitu Junyan Lee. Mula-mula saya fikir nak guna e-mel tetapi saya rasa menggunakan e-mel memakan masa dan maklum balasnya agak lama kerana e-mel jarang dibuka ataupun dibuka pada akhir bulan sahaja. Oleh sebab itulah saya berjumpa terus dengan salah seorang Admin berkenaan. Perbualan saya dengan Junyan Lee agak sukar kerana dia sibuk dengan peperiksaan dan aktiviti sekolah.

Saya telah mengambil keputusan untuk berunding dengan cara menghantar mesej kepadanya dan mendapat reaksi yang memberangsangkan. Junyan Lee akhirnya bersetuju untuk memuatkan Kadet Remaja Sekolah SMK Methodist (ACS) Sitiawan atau KRS-ACS Sitiawan pada Laman Web sekolah. Catatan pertama yang saya muatkan ialah senarai AJK KRS-ACS Sitiawan sesi 2009/2010 dan semua rangkain kami. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan memuatkan Gambar dan Topik-topik lain mengenai KRS-ACS Sitiawan ke dalam laman web tersebut.



KRS-ACS Sitiawan di Laman Web
SMK Methodist (ACS) Sitiawan


Kehadiran KRS-ACS Sitiawan di dalam Laman Web sekolah menjadikan menjadikan semua pautan kami sebagai Pautan Rasmi KRS-ACS Sitiawan dan Blog ini sebagai yang utama untuk mengetahui dan menghubungi KRS-ACS Sitiawan. Diharapkan dengan tercatatnya KRS-ACS Sitiawan di dalam Laman Web sekolah dapat menaikkan nama KRS-ACS Sitiawan supaya terus berkembang dan maju agar dikenali di seluruh Malaysia!



ILMU IMAN AMAL
OLEH FALAH IMRAN | AJK MULTIMEDIA KRS-ACS SITIAWAN | 09/10

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas