Isnin, Februari 15, 2010

Sejarah KRS-ACS Sitiawan



> 2006-2007

Pada akhir pemerintahan Koperal Farah Aida, beliau telah memilih 5 orang calon untuk menggantikan 5 tempat teratas dalam KRS iaitu Koperal Izzuddin, Syawiqha, Sarjan Nurdiya, Naseha dan S/Sarian Erwan Shah. Mereka telah Berjaya melaksanakan perkhemahan kenaikan pangkat dan S/Sarjan Erwan Shah telah berjaya mengambil alih pemerintahan KRS bagi sesi 06/07. Tetapi, beliau telah berpindah ke SMK Teknik Sri Iskandar. Beliau telah berjaya melaksanakan hanya satu aktiviti iaitu KRS Hai-Tea iaitu Jamuan KRS. Kerusi Presiden seterusnya telah disandang oleh Timbalan beliau iaitu Koperal Syawiqha.

> 2007-2008

Pada sesi 2007 sekali lagi Kerusi Presiden terpaksa dikosongkan kerana Koperal Syawiqha telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja. Satu pemilihan bagi mengantikan presiden telah diadakan dan akhirnya Sarjan Amsyar telah terpilih. Beliau telah membuat satu percubaan yang menarik kerana telah menghantar skuad kawad putera di pertandingan kawad kaki peringkat daerah dan berjaya mendapat keputusan yang membanggakan iaitu mendapat tempat kedua dibawah kendalian ketua kawad, S/Sarjan Muhammad Izzuddin.

Pada akhir pemerintahan, beliau telah memilih 5 orang untuk menggantikan tempat beliau iaitu Koperal Fatihah, Sarjan Syuhada, Syamira, S/Sarjan Izzuddin dan S/Sarjan Mior Muhd Azwan. Kerusi Presiden tela ditentukan secara rawaknya tanpa mendahulukan pandangan ahli. Sarjan Amsyar dan barisan AJK beliau telah memilih S/Sarjan Mior Muhd Azwan untuk mengantikan tempat beliau bagi sesi 07/08.

Semasa pemerintahan beliau terdapat pelbagai masalah disiplin AJK yang dapat dikesan oleh setiap ahli KRS. Pekara ini telah mancetuskan kerosakan nama KRS di SMK Methodist (ACS) Sitiawan. Selain dari itu, perbalahan antara AJK telah berlaku dan wujudnya pelbagai krisis dalaman di unit berkenaan. Antaranya wujudnya puak terdiri daripada 3 atasan KRS. Namun ianya tidak menjejaskan prestasi kawad yang mendapat tempat ke-2 dalam Manjung dibawah platun Sarjan Hafizul.

Kesimpulannya, bilangan ahli pada sesi berkenaan semakin berkurangan. Hal ini kerana kejatuhan zaman KRS telah berlaku bibawah S/Sarjan Mior Muhd Azwan. Akhir pemerintahan, beliu telah memilih 10 orang untuk menggalas tanggungjawab untuk menaikan nama KRS semula iaitu Koperal Nurul Izzati, Koperal Nur Soleha, Koperal Muhammad Amirul, Koperal Muhammad Farid, Koperal Nur Zulfaqha, Sarjan Muhammad Faez, S/Sarjan Fatin Nabilah, S/Sarjan Imi Aisyah, S/Sarjan Muhammad Marwan dan S/Sarjan Rusydi. Mereka telah mengadakan perkhemahan kenaikan pangkat sebagai satu syarat. Akhirnya Koperal Izzati diberi kepercayaan sebagai presiden kerana mendapat undi majoriti AJK dan ahli daripada 10 orang berkenaan yang dicalonkan.

> 2008-2009

Dibawah kelolaan Koperal Izzati, beliau telah mengadakan semula aktiviti luar iaitu jungle treeking hasil gabungan daripada persatuan Peers seterusnya telah merapatkan hubungan antara AJK Peers dan KRS sendiri. Lans Koperal Falah Imran pula telah membuat Blog KRS-ACS Sitiawan yang merupakan Blog KRS pertama di Manjung. Platun pada sesi 08/09 juga mendapat prestasi yang membanggakan walaupun skuad kawad putera mendapat tempat ke-3 dan skuad puteri hanya mendapat penyertaan tetapi trofi ketua kawad terbaik peringkat daerah telah dirangkul oleh S/Sarjan Muhammad Marwan. Ini merupakan satu percubaan yang boleh ditakrifkan sebagai membanggakan.


Selepas setahun memerintah, Koperal Izzati akhirnya memilih calon untuk menggantikan tempat beliau. Barisan AJK berkenaan telah mencadangkan 6 nama yang terbaik iaitu Koperal Nur Zulfaqha, Koperal Muhammad Qayyum, Koperal Nur Soleha, Koperal Nur Alia, Lans Koperal Falah Imran dan S/Sarjan Rusydi. Selepas AGM diadakan, dengan sebulat suara Koperal Nur Zulfaqha dipilih sebagai Presiden KRS bagi sesi 2009/2010. Walaupun tidak sampai sebulan, pemerintahan berkenaan telah melahirkan seorang Pegawai Waran 2 , 8 Staf Sarjan dan 4 orang Sarjan. Prestasi berkenaan sangat membanggakan kerana SMK Methodist (ACS) Sitiawan antara paling ramai bilangan putera memegang pangkat S/Sarjan. Manakala untuk mendapatkan skuad kawad termantap
dibawah pemerintahan S/Sarjan Nur Zulfaqha pula terletak di tangan S/Sarjan Muhammad Qayyum dan Sarjan Nur Alia. Menjelang akhir 2009, rangkaian internet KRS-ACS Sitiawan diluaskan oleh Sarjan Falah Imran agar nama KRS-ACS Sitiawan kembali harum dan dikenali diseluruh Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan dan kini KRS-ACS Sitiawan menjadi antara KRS yang terbaik.


Sumber disumbangkan oleh Staf Sarjan Nur Zulfaqha, dikemaskini oleh Sarjan Falah Imran

1 KOMEN:

Tanpa Nama berkata...

we bes kot krs

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas