Sejarah Kadet Remaja Sekolah di SMK Methodist (ACS) Sitiawan
> 1996-1998
Kadet Remaja Sekolah SMK Methodist (ACS) Sitiawan telah diasakan oleh Zaharudin Bin Zainal pada tahun 1996 dengan kekuatan anggota seramai 6 orang dan dipimpin oleh Thirumal. guru penasihat KRS yang pertama ialah Encik Zaharudin dan Puan Che Suzana. Manakala pengerusi pertama ialah Sarjan Thirumal A/L Theaudas. Hasil usaha gigih ahli-ahli jawatankuasa pada masa itu, KRS-ACS yang pada masa itu masih setahun jagung membesar telah menjadi salah satu pasukan bneruniform yang amat disegani di Daerah Manjung. Antara usaha pada masa itu ialah menghadiri kursus Kenaikan Pangkat Peringkat Daerah, mengadakan Perkhemahan Hari Sukan, Perkhemahan di Teluk Nipah Pulau Pangkor, Ekspedisi Mendaki Bukit Engku Busu dan lain-lain. Kemuncaknya pada 1998, ahli-ahli KRS mencecah lebih 20 orang dan masih lagi dalam pimpinan Thirumal. KRS-ACS berjaya menyatukan KRS seluruh Daerah Manjung. Pada masa yang sama, KRS-ACS memonopoli organisasi KRS Daerah Manjung dan menjadi pusat pentadbiran KRS Daerah yang sama. Selain itu, KRS-ACS juga mempunyai pasukan kawat yang mantap dan pelbagai acara disertai oleh pasukan Skuad Kawat Elit, antaranya majlis penutup MSSPK dan MSSN dan Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah.
> 1999-2000
Pada tahun 1999, kemalangan yang menimpa Thirumal menjejaskan reputasi KRS-ACS pada masa itu dan akibat daripada kecederaan yang dialami, beliau meletakkan jawatan dan digantikan dengan Timbalan Pengerusi iaitu Lavendra A/L Jayamohan yang berpangkat Staff Sarjan. Satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh KRS-ACS apabila menerima tamparan hebat daripada perletakan jawatan ahli-ahli KRS dan menghadapi krisis kewangan yang teruk.
> 2000-2001
Walau bagaimanapun, pimpinan Lavendra berjaya menyatupadukan semula KRS-ACS dan menghidupkan semula semua aktiviti KRS. Pada Mesyuarat Agung sesi 1999-2000, Lavendra telah dilantik sebagai Pengerusi KRS-ACS secara rasminya. Pelbagai usaha keras yang telah dilakukan oleh beliau. Selepas beberapa ketika, barulah KRS-ACS berjaya menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. Namun KRS-ACS Daerah Manjung terus lumpuh sesudah itu. Bagi sesi 2000-2001, pimpinan Lavendra beralih ke Muhammad Azlan dan segala usaha Lavendra diteruskan seperti biasa. Namun, Azlan berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping pada sesi ini dan akibat daripada perbezaan pendapat, jawatan Pengerusi dibiarkan kosong buat sementara waktu dan pemimpin tertinggi dikongsi oleh Suresh, Masdiyatul Akma dan Muhammad Jafrey. Aktiviti masih dijalankan seperti biasa tanpa jawatan Pengerusi dan tiada perbalahan berlaku hasil daripada tolak ansur antara AJK.
> 2001-2002
Pada Mesyuarat Agung sesi 2001-2002, buat pertama kalinya KRS-ACS mencipta sejarah apabila melantik seorang perempuan menduduki jawatan Pengerusi KRS-ACS iaitu Masdiyatul Akma hasil daripada undian ahli-ahli KRS. Timbalan Pengerusi disandang oleh Muhammad Jeffrey, Naib Pengerusi disandang oleh Lim Chong Jin, Setiausaha disandang oleh Choo Mee Fong dan Bendahari disandang oleh Koperal Syahila. Pengerusi KRS, Mas dan Bendahari, Koperal Syahila membentuk jawatan tertinggi yang pertama kalinya diadakan. Penyusunan semula dilakukan oleh mereka pada ketika ini seperti jawatan "Pengerusi" yang telah diubah kepada "Presiden", pembentukan semula Skuad Kawat Elit dan memfokuskan semula jawatan yang ada dalam Carta Organisasi KRS. Malam KRS-ACS dan Perkhemahan Orientasi KRS juga diwujudkan khas untuk ahli-ahli baru mengenali ahli-ahli lama. Selain itu, Perkhemahan Kenaikan Pangkat diwujudkan dan pangkat-pangkat yang sedia ada diatur semula dan diperkemaskan. KRS-ACS juga telah menjalinkan hubungan dengan KRS-Batu 10 dan KRS-Ayer Tawar pada ketika itu untuk saling bantu-membantu meningkatkan prestasi kawat masing-masing. KRS-ACS buat pertama kalinya menyertai pertandingan kawat Peringkat Daerah tanpa bantuan orang luar.
> 2002-2003
Sesi kali ini juga dilancarkan, kempen "KRS-ACS Satu Keluarga" dilancarkan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan AJK. Pada Mesyuarat Agung seterusnya Presiden Ke-4 telah dilantik, iaitu Ranjini A/P Anndy. Segala perubahan yang dilakukan oleh AJK sebelumnya diteruskan oleh Ranjini dan dibantu oleh Timbalan Presiden, iaitu Shah Izzat, Naib Presiden, Shafiqah, Setiausaha, Tan Cheong Ben dan Bendahari, Liyana. Prestasi KRS-ACS semakin meningkat dan tahap disiplin KRS-ACS berada pada keadaan yang baik. Pada tahun ini juga, KRS-ACS menduduki tempat ketiga dalam pertandingan kawat Perigkat Daerah yang diketuai ketua kawat, Koperal Muhammad Anuar. KRS-ACS juga berada dalam keadaan amat memberansangkan. Semua aktivitinya berjalan dengan lancar dan KRS-ACS menjadi satu pasukan unit beruniform yang amat disegani di sekolah. Bermula pada sesi ini juga, muncul "Mantan KRS" yang ditubuhkan untuk membantu KRS yang sedia ada dengan mencurahkan pengalaman dan idea mereka pada KRS-ACS pada masa itu.
> 2004-2005
Ranjini meneruskan perkhidmatannya sebagai Presiden pada sesi seterusnya dan pada sesi ini, walaupun tidak mengembangkan sayap KRS-ACS ke seluruh Daerah Manjung, KRS-ACS berada pada tahap yang paling baik dalam sejarah tahun ini. Pada sesi ini juga, KRS-ACS amat mantap sekali dan tersusun. Aktiviti yang sedia ada ditambah dengan idea-idea bernas hasil daripada daya kreativiti dan inovatif AJK pada sesi itu, iaitu Timbalan Presiden, Syafiqah, Naib Presiden, Syukri, Setiausaha, Shikin dan Bendahari, Mira. Pada sesi ini juga Bendahari, Mira berjaya membuat keuntungan pada setiap aktiviti dan hasilnya, kewangan KRS-ACS berada pada tahap yang amat kukuh dan memuaskan. KRS-ACS menjadi salah satu kelab dan persatuan yang amat diminati kerana aktiviti yang menarik dan kreatif sekali hasil daripada kepimpinan yang mantap pada sesi ini. Di samping itu, AJK pada sesi ini juga berjaya menempatkan KRS-ACS pada kelasnya yang tersendiri, iaitu yang terbaik dalam sejarah KRS.
Sumber disumbangkan oleh Pegawai Waran 2 Imi Aisyah, dikemaskini oleh Lans Koperal Falah Imran
1 KOMEN:
nice.
mana dapat semua ni ye?
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...