Isnin, Mac 29, 2010

Kem Orientasi KRS ACS Sitiawan 2010



Sebenarnya perkhemahan Orientasi KRS, SMK Methodist (ACS) Sitiawan yang selalu diadakan pada setiap tahun pada tahun ini dirancang untuk dilakukan pada bulan Februari. Atas sebab-sebab tertentu, perkhemahan ini terpaksa ditangguhkan kepada akhir bulan Mac. Alhamdulillah, Perkhemahan Orientasi KRS ACS Sitiawan pada tahun ini dapat dijalankan dengan lancar meskipun pada tahun ini para AJK menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini. Antara aktiviti yang tidak dapat dijalankan pada perkhemahan orientasi tahun ini ialah Mainan, Malam Keinsafan, dan Malam OBH hari ke-2 untuk kumpulan 5, 6, 7, 8, dan 9 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain dapat dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama antara AJK dan ahli dan yang penting kewibawaan pemimpin KRS pada tahun ini tidak lain dan tidak bukan Presiden KRS ACS Sitiawan, Staf Sarjan Nur Zulfaqha. Di samping itu, Reaksi yang baik daripada ahli dalam Dibet dapat memberi semangat kepada AJK serta menaikkan lagi nama KRS di SMK Methodist (ACS) Sitiawan. Terima kasih dari kami, selaku AJK KRS ACS Sitiawan kepada ahli KRS yang hadir pada Perkhemahan Orientasi KRS pada tahun ini. Jangan ketinggalan untuk menyertai aktiviti lain yang kami telah rancangkan sejak tahun lepas, pasti syok!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas