Sabtu, April 10, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan 2010



Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Methodist (ACS) Sitiawan tahun 2010 telah berlangsung pada 10 April 2010. Ketua Kawad KRS, Staf Sarjan Muhammad Qayyum sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi Ketua Perbarisan bagi semua unit beruniform. Apa yang menariknya pada kali ini ialah selepas PW2 Imi Aisyah mendapat anugerah kecemerlangan pada tahun lepas, tahun ini 4 orang lagi anggota KRS muncul untuk mendapat anugerah kecemerlangan bersempena kecemerlangan mereka mendapatkan pangkat Pegawai Waran pada Kem Pegawai Waran pada tahun lepas. Anggota KRS tersebut ialah Ketua AJK; Shahrul Izat, Penolong Ketua Kawad; Nur Fathin, Bendahari; Nur Solehah dan Presiden KRS ACS Sitiawan 2009/2010; Nur Zulfaqha.

Dari kiri: Shahrul Izat, Fathin, Nur Solehah, dan Zulfaqha

Semoga dengan pencapaian mereka ini dapat merangsang lebih ramai lagi anggota KRS untuk mendapatkan pangkat Pegawai Waran pada masa akan datang. Kepada mereka tahniah diucapkan dan majulah KRS untuk ACS!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas