Isnin, Ogos 30, 2010

Merdeka!



Sebelum saya meneruskan penulisan saya, saya ingin mengucapkan :

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 Ogos 2010

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Bak kata pepatah "Melakukannya adalah lebih baik daripada mengatakannya".

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Apa pula jiran di sebelah rumah kita? Di Sitiawan dan Manjung ini terutamanya, bertegur sapakah kita sesama jiran? Saya sendiri pun tidak begitu mengenali jiran-jiran di sebelah rumah ditambah dengan baru berpindah.

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Namun, saya kagum dengan Nuffnang. Usaha berterusan yang dilakukannya terutamanya untuk program yang dianjurkan lebih ke arah dan berkonsepkan 1Malaysia. Berlainan agama dan bangsa berkumpul dan bersosial dalam satu platform. Sebab itu saya masih setia dan sayangkan Nuffnang. Inilah salah satu sebabnya, 1Malaysia dijanakan dengan begitu berkesan bersama Nuffnang. Terima kasih dan tahniah! buat Nuffnang.





Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali,
"1Malaysia, Menjana transformasi"
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti,
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati.


Laungan "Merdeka!" oleh Abang Bob, bekas KRS ACS Sitiawan sesi 2007/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas