Isnin, April 20, 2009

Hukuman Kawad Statik



Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.


Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
  1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
  2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
  3. langkah sebelah
  4. hentak kaki
  5. buka dan tutup barisan
  6. luruskan barisan
  7. hormat

Bahasa Hukuman Kawad Statik


1 - sedia

"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"


2 - senang diri

"SENAAANG DIRI!"


3 - rehatkan diri

"REHATKAAAN DIRI!"


4 - berpusing ke kanan*

"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"


5 - berpusing ke kiri**

"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"


6 - berpusing ke belakang***

"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"

[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platun anda sedang menghadap]



7 - langkah sebelah

"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"


8 - hentak kaki

'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"


9 - buka/tutup barisan

"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"


10 - luruskan barisan

"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad "PANDAAAANG..DEPAN!"


11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

18 KOMEN:

Tanpa Nama berkata...

XNAK KOMEN TP NAK MITAK TOLOOONG... BAGI LA SATU CONTOH ARAHAN KAWAD KAKI YANG LENGKAP DARI MULA DAN SAMPAI KELUAR BARIS...YANG SESUAI UTK BDK2 SEKOLAH RENDAH INGAT... HEHEHE

Tanpa Nama berkata...

bagus dan proaktif tapi ianya tak lengkap. jika ditambah dan diperbaiki lagi bagus. cuba rujuk kepada tentera yang menghadiri kursus kadar atau jurulatih kursus kadar. walau apa pun teruskan...

SKPBP berkata...

Nota ni mmg ringkas tp padat. Sy bagi 4 1/2 bintang. hehe. Cukuplah dgn arahan mudah bagi yg baru nak belajar kawad. Sy ambik ye maklumat ni, utk buat persembahan kawad perkhemanahn unit beruniform sk rendah. TQ

Tanpa Nama berkata...

nota yang bgus bg beginner..tpi ade sedikit kesalahan..

contoh. "bergerak ke kanan,'ke' kanan pusing"

arahan yang betul, "bergerak ke kanan,kanan pusing","ke" hanya digunakan sekali sahaja.harap diperbetulkan.kita pun org krs.sama2 tlg :)

Tanpa Nama berkata...

kenapa rinkas sangat bahasa hukum nya ..kalau boleh bagi lebih..saya bdk sek manengah

Tanpa Nama berkata...

thanks la share hukuman

Tanpa Nama berkata...

aper persamaan kawad persendirian dan kawad statik....nak maksud sekali....tq

Tanpa Nama berkata...

dew x arhn kawad formasi??
klw dew plez eh tlg ltk
plezzzzzzzzzzzzzzzzz..

Tanpa Nama berkata...

tq....sgt membantu..

sarah harizan berkata...

sama2 lah kita memartabatkan krs!tq sbb share hukuman2 utk kawad.

Tanpa Nama berkata...

ringkas sngat laa . nk darii mula hingga keluar baris . :)) 0keyy . nie p0n b0lehh laa,tpii kurang paham :D

Tanpa Nama berkata...

besnya..........

Tanpa Nama berkata...

BESNYA...........
KALAU DAPAT MASUK KAWADKAN

Tanpa Nama berkata...

TQ saya dah ingat dah

Tanpa Nama berkata...

Sangat Bagus..Sedang Belajar Sebaik Mungkin...:)

Tanpa Nama berkata...

dpt jgk lar ilmu sikit2 tpi tk pham mna lar..thanks.

Tanpa Nama berkata...

Die klau nak sharp lagi mcm ni.gerak ke kirei.kirei......sing.baru sharp.

ablan5969@gmail.com on Isnin, Ogos 21, 2023 berkata...

assalaamualaikum tuan. saya minta izin salin hukuman kawad kaki tuan ni ya. terima kasih.

Catat Ulasan

Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...

Penaja Emas