Takrifan Ikhtiar Hidup:
"USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING"
1. Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup
2. Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
3. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)
4. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
5. Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
6. Garam - gantikan mineral badan yang hilang
Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (cuba rasa)
CIUM ATAU HIDU
- Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.
- Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
- Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
- Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.
Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:
- Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
- Takut kepada ancaman hidupan liar
- Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
- Takut kepada persekitaran itu sendiri
- Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui (makhluk halus, jin, hantu dan lain-lain)
Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:
- Berdoa kepada Tuhan
- Bertekad untuk terus hidup, kemandirian
Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:
- Air
- Rehat
- Perlindungan
- Makanan
- Kecergasan
- Psikologi, mental
- Penjagaan dan rawatan
Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
- Banyak berehat
- Bekerja hanya pada waktu malam
- Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
- Bernafas melalui hidung
- Jangan merokok
- Jangan berbaring di atas tanah yang panas
- Makan dalam kuantiti yang minimum
- Elakkan makanan berlemak/alkohol
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...