Apakah asas dan motif suatu perkhemahan diadakan?
- Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
- Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
- Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
- Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem perntauliahan.
Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah?
Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:
- Tiang rangka
- Pancang
- Flysheet
- Khemah
- Beg khemah
- Tali
Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan?
Antara syarat-syarat penting adalah:
- Bentuk muka bumi dan salirannya
- Jenis tanah
- Iklim semulajadi
- Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)
- Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
- Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Baca saja? berikan komen/cadangan/pandangan anda mengenai catatan/gambar/video kami di atas ini...